Thursday, 8 October 2015

                                                 

KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD. adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej-pakej berasaskan islamik, ia juga sepenuhnya dimiliki daripada agensi pelancongan Bumiputra. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. yang terletak di Seksyen 15, 40100 Shah Alam Darul Ehsan. Bermula operasi sejak 21 Disember 2012. Antara pakej yang ditawarkan oleh Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, China, Australia dan Korea. Diasaskan oleh Al-Ustaz Fadzil Bin Hidzir & Ahmad Idzuan Bin Dato' Haji Sulaiman , Syarikat Perkongsian. Bermula dari tahun 2006, Pengarah Urusan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. terlibat dalam bidang perniagaan dengan usaha dalam pemasaran, pengurusan, perkhidmatan, dan agensi pelancongan. Walaupun hanya bersenjatakan sedikit pengalaman semasa belajar dalam memberikan perkhidmatan perlancongan melawat ke negara luar yang telah berjaya.



Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd telah terlibat secara aktif dalam menyediakan dan menguruskan tiket penerbangan pakej perlancongan lawatan penyelidikan pelajar pakej bulan madu, permohonan visa , dan perkhidmatan lain lagi. Mengenai dengan kos lawatan ianya ti dak akan membebankan pelanggan. Tempat yang sering dilawati dan menjadi tumpuan pelancong adalah negara Thailand. Di antara tempat lawatan di Thailand ialah Bangkok, Krabi, Phuket, Chiangmai Chiangrai dengan memaparkan budaya, kecantikan negara tersebut yang dapat kita hayati bersama. Disamping itu ianya dapat mengeratkan silatulrahim bersama orang tercinta dan masyarakat lain umumnya. Insyaallah Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. akan melaksanakan tugas sebaik mungkin demi memaksimumkan kepuasan dan memberi informasi yang berguna dalam rangka menerangkan tempat-tempat yang cantik dan penuh dengan budaya yang bakal anda lawati.


Selain itu, pihak Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. mengalu-alukan anda untuk menjelajah ke negara Thailand ini untuk merasai pengalaman budaya dan kecantikan tempat-tempat menarik di situ. Semoga usaha kami ini mempermosikan negara yang penuh dengan kecantikan dan budaya ini dapat memberikan satu pengalaman kepada kita bersama dan dapat merapatkan ukhwah diantara satu sama lain. Akhir kata jelajahlah dan galilah kecantikan dan budaya di negara lain di dunia ini, semoga anda mendapat mutiara di dalamnya.



Sekian dari kami Kembara Sufi Travel & Tours 
www.kembarasufi.com 



PAKEJ PELANCONGAN KE PHUKET, THAILAND 4D3N




Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej-pakej percutian ke Thailand. Antara pakej perlancongan yang kami sediakan ialah Phuket, Bangkok, Chiangmai Chiangrai, Krabi. 


Kami menawarkan pakej melancong ke Phuket, Thailand selama 4 Hari 3 Malam dengan harga serendah RM 1,699/pax dan harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa.Ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, cukai lapangan terbang di KLIA, penginapan Hotel yang bertaraf 3 bintang / 4 bintang beserta sarapan pagi, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan yang ada di dalam pakej, tiket masuk lawatan & makan tegah hari dan makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga tidak termasuk harga tipping untuk Tour Guide, Insuran dan juga makan di dalam penerbangan. 

Hari Pertama
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dan diambil oleh pemandu pelancong untuk bawa ke hotel pilihan.


Hari Kedua (Breakfast + Lunch)
Sarapan pagi di hotel kemudian terus ke Ongkarn Harbour. Apabila sampai ke Ongkarn Harbour terus naik cruise untuk ke Phi Phi Island dalam masa 1 jam 30 minit, di mana sepanjang perjalanan akan dihidangkan kudap-kudapan seperti minum teh panas dan dessert. Setelah sampai, kita akan melawati Loh Sama Bay, Maya Bay, Viking Cave & Pileh Cove. Snorkeling & swimming at Monkey Bay. Dan di sana anda dapat menikmati hidangan buffet untuk makan tengah hari. Setelah seharian berjalan dan melawati kecantikan Phi Phi Island, kita akan pulang kembali ke hotel. 

Ongkar Harbour

Phi Phi Island

Hari Ketiga (Breakfast + Lunch)
Selepas breakfast di hotel terus bergerak ke Phang Nga Bay, melawat ke Suwannakuha Temple (Monkey Cave Temple), terokai sejarah Sleeping Buddha cave, stalactites, Stalagmites, banyak monyet yang akan tunggu kedatangan anda di temple itu nanti. Di Phang Nga Bay en-route National Park, Mangrove Swamps memang sesuai untuk mengambil gambar kerana suasana yang cantik dan penuh dengan budaya negara Thailand. Selepas itu melawat pula di " Lord Cave " di mana anda boleh melihat kecantikan di dalam gua.  Kemudian anda akan disajikan dengan suasana kehidupan budaya Sea-Gypsy Village dan juga dapat lihat Khao Tapoo,  atau dikenali sebagai James Bond Island.

Selepas itu, anda akan menikmati makanan laut yang segar untuk makan tengahhari di Panyee Island (Kampung Terapung Nelayan). Akhir sekali balik ke hotel. 

Phang Nga Bay

Sleeping Buddha Cave

Panyee Island

Hari Keempat (Breakfast + Lunch)
Hari terakhir ini kami akan membawa anda pusing-pusing di bandar Phuket, selepas breakfast di hotel. Terus bergerak ke Phuket View Point, di Pantai Kata Noi. Melawati Promthep Cape, makan tengah hari di restoran thai, Pearl farm, bee farm dan melawati Century-old Sino-Portuguese building di Thlang road. Dan akhir sekali transfer ke Phuket Airport untuk pulang ke Malaysia. 

Phuket View Point

Pearl Farm

Century-old Sino-Portuguese building



Sekian dari kami Kembara Sufi Travel & Tours
www.kembarasufi.com



PAKEJ KE KRABI,THAILAND 4D3N




Kami juga menawarkan pakej melancong ke Krabi, Thailand selama 4 Hari 3 Malam dengan harga serendah RM 1,699/pax dan harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa.Ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, cukai lapangan terbang di KLIA, penginapan Hotel yang bertaraf 3 bintang / 4 bintang beserta sarapan pagi, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan yang ada di dalam pakej, tiket masuk lawatan & makan tegah hari dan makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga tidak termasuk harga tipping untuk Tour Guide, Insuran dan juga makan di dalam penerbangan.

Hari Pertama 
Arrive at Krabi airport, check in hotel, dinner dekat hotel dan shopping di Ao Nang Night Market

Krabi Airport 

Ao Nang Night Market

Hari Kedua
Menaiki speed boat untuk melawati kecantikan pantai dan pasirnya di Tub Island, Chicken Island, Mo Island (boleh snorkeling, swimming dan relaks). Picnic Lunch di Poda Island. Back to hotel at 2 pm dan makan malam di restoran muslim 'Rem Thalay Restaurant'

Tub Island

Chicken Island 

Poda Island

Rem Thalay Restaurant 

Hari Ketiga 
Sepanjang hari di Thelan Kayaking dan Elephant jungle trek. Makan malam di halal restaurant 'Ko Bua'. dan percuma urut selama 1 jam untuk 2 orang. 

Thelan Kayaking

Elephant Jungle Trek

Hari Keempat
Transit ke airport dan pulang ke Malaysia



Sekian dari kami Kembara Sufi Travel & Tours
www.kembarasufi.com